Wednesday, November 19, 2008

Mulanya Di sini...

Assalamualaikum.



Akhirnya,setelah sekian lama sibuk dengan urusan perniagaan...ada juga masa untuk menulis blog ini.

Ummie Cake House...sebuah perniagaan yang telah lama menjadi impianku!Dengan berbekalkan kemahiran dan minat yang tinggi dalam pembuatan kek dan roti...akhirnya cita-citaku untuk mempunyai perniagaan sendiri menjadi nyata.


Dengan kepesatan teknologi IT, aku juga tidak mahu ketinggalan menggunakan media ini untuk memperkenalkan Ummie Cake House.


Transformasi dari seorang yang sibuk dengan dunia Pemasaran...aku beralih arah untuk menceburi bidang bakeri ini dan dengan kemahiran yang ada...Ummie Cake House dibangunkan dengan jenamanya sendiri dalam perniagaan ini.



Inilah logo syarikat ku!


Ada sejarah di sebalik semua ini.Semua ini mulanya dari inspirasi dari anakku dan suami...mereka adalah penyokong aku selama ini. Mulanya...di sini...keingginan untuk membuat kek yang menjadi kegemaran mereka membuatkan aku mencuba sendiri...tanpa ada sebarang kemahiran atau tunjuk ajar...hanya berbekalkan buku resepi mummy.Aku tekad mencubanya...Kek Coklat Moist!



At last! after all this years...my dream is come true...my own bakery shop!

.Ummie Cake House !From a marketing manager...i became a bakers! From a hobbies became a business! All this happen from the inspiration of my beloved daughter and husband. They the one who is supported me to became what i m today! All this started when i first baked a cake for them. Without any skill and just based on the recipe that i take from my mother baking book...i try my best to baked the cake...Moist Chocolate Cake!