Tuesday, December 16, 2008

Menu Hari Raya AidilAdha.

Ayam Percik

Inilah menu untuk hari raya aidiladha yang lalu...
ayam percik tanduri!sampai 10 ekor ayam! satu ekor seorang...aduhh!! tapi nasib baik adik beradik ramai2 buat kutipan untuk memeriahkan hari itu.




Nasi Minyak Warna Wa
rni
Tak sah kalau tak disertakan dengan nasi minyak warna warni ni! makan tanpa lauk pun sedap!! anakku memang suka nasi ini.macam pelangi!




Ayam Goreng Serai
Ini pula ayam goreng serai...untuk budak-budak.


Tomyam Seafood
Pehhh!! pedasnyeeee...ini tomyam mummy ummie yang buat...memang 'kaww'. fish cake tu homemade,memang ikan sesaja...ramai yang berderai airmata bila pekena tomyam ni...termasuk ler ummie.tapi memang ummphh! nak resepinya...kenalah tungguuuu!!



Donut untuk anakku dan kawan-kawannya!


Inilah donut yang diminta oleh anakku untuk dibawa ke tadika.donat bersalut coklat dan colorful rice coklat!

Komen anakku selepas balik dari tadika...''Ummie...donut dah habis! kawan2 nak lagi!

Wednesday, December 3, 2008

Kek Coklat Mocca dan Kek Butter Marble




Sebelum mempunyai kedai sendiri,kebanyaka
n kerja-kerja di buat di rumah sahaja.Semuanya bermula apabila membuat tempahan pertama untuk seorang kawan lama...Kek Coklat Mocca Moist untuk majlis hari lahir...Mulanya mengelabah juga sebab tak berapa pandai bab dekorasi dan piping kek ni...tapi cuba juga...tup!tup! jadilah seperti dalam gambar ni.lepas tu ramai juga yang mula menempah kek dan kek cawan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan sambutan hari lahir. Jadi,inilah gambar yang dapat diabadikan...



Kek Spongebob sempena kemerdekaan negara kita Malaysia ke 50! kek ni untuk majlis sekolah tadika anak ummie...Kek mentega oren dengan poppy seed.Ummie menggunakan krim mentega dan lakaran spongebob dan rama-rama tu secara ''free hand'' jer! hehehehe...anakku Ilah yang mintakan lakaran rama-rama tu...bila ditanya kenapa rama-rama?...dia jawab...''itu lambang kebebasan...ummie!'' budak-budak sekarang memang pandai...Alhamdullillah!




Ini pulak kek hari lahir puteriku yg ke 4 tahun...dah besar anak ummie ni..hehehehe...lahir bulan April...baru sekarang masuk blog.

Buat 2 tingkat,kek bahagian atas kek butter marble(favorite dia!) kek yang bawah kek coklat mocha.

Tak sempat nak bubuh riben...dia dah tak sabar nak tiup lilin!

Maka jadi macam nilah kek puteriku yg sorang ni...

Tapi tahun 2009 ni dia nak selebret kat Tadika dan dah siap minta kek coklat n butter ....designnyer...kene lah tunggu hari tu yaa....