Inilah masanya nak asah skill deko yang telah dipelajari semasa kursus dulu. Dalam melukis karektor yang diminta,ummie lebih suka melukis secara Free Hand sebab ianya mudah dan cepat. nak kene main tekap2 ni...lambat!
Ini adalah koleksi kek Spiderman yang ummie buat untuk seorang kenalan ummie, Rebecca Bobice yang menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya,Hector yang berumur 3 tahun. Tak sangka pula dalam sibuk2 dia menguruskan bisness Spa dan butik pengantinnya...sempat juga malam2 telefon minta buatkan kek hari lahir anaknya yang akan diadakan keesokkan harinya...aduii!! Sabar jerr lerr dengan last minute order ni....Kek mentega oren coklat chips 3kg.
Seronok tengok anaknya yang melompat riang bila kek idamannya dikeluarkan dari kotak!hehehehe...karektor tu ummie lukis free hand jer...malas nak tekap2 ni.tengok jer gambar tu...baca Bismillah...terus lukis!.Terima kasih banyak2 kepada suami tercinta kerana sanggup tolong carikan gambar dan memberikan idea...memang tengah takda idea masa tu.
Ummie guna krim mentega untuk dekorasi.Memang seronok melihatkan keletah Hektor yang terlompat2 bila kek spiderman yang dia idamkan dikeluarkan dari kotak!
Yang tergelaknya...tuan puteri ummie boleh cakap...''lompat2 macam katak! buat kek katak lah!''Opppss....hehehehe...lazer jugak mulut anak ummie tu.
Esoknya ummie tanya apa jadi kepada kek tu...si ibunya cakap...bila dah habis krim mentega tu dia makan barulah kek tu boleh dipotong...ish...ish..ish...Atirah...Atirah! Budak-budak ni yang di makan bukannya kek...tapi krimnya!
Ini pula kek yang ummie buat untuk kakaknya si Atirah tadi...Ainie sempena ulangtahun kelahiranya yang ke 5 tahun. Si kakak ni pula memang minat dengan Barbie. so, ummie buatkan dia patung barbie ni.kek coklat dengan krim mentega.Dia nak sambut birthdaynya kat Tadika so,haritu ummie hantarlah kek tu kat tadika.Bila kek tu dikeluarkan dari kotaknya...maka kedengaran lah suara kawan2 si Ainie ni...yang TERUJA! sampai cikgunya pun terkejut! Yang lucunya...guru tadika Ainie ni tak sanggup nak potongkan kek tu...budak2 tu pun tak bagi gurunya potong kek tu...aduii!! nak buat apa dengan kek tu...tak tahu lah ummie.hehehehe...macam2!
Memang kek macam ni agak asing bagi masyarakat kat sini...berbanding semasa ummie di KL dulu. walhal...kek2 macam ni dah dikira BIASA!
Itu belum masuk kek2 yang 18sx tu!
No comments:
Post a Comment