Wednesday, February 11, 2009

Roti! roti!!


Haa...ini adalah antara roti yang pernah ummie buat untuk makan2 sendiri jerr...dalam perniagaan UMMIE CAKE HOUSE, ummie tak menekankan pembuatan roti walaupun mungkin ramai yang mengatakan pembuatan roti ni senang dan murah...ummie tidak mahu memfokuskan pembuatan roti dahulu. Bukan apa,letih kalau semua ummie perlu buat...jadinya mungkin ummie perlu mencari seseorang yang sesuai di antara pekerja-pekerja ummie nanti untuk ummie didik dalam bidang pembuatan roti dan dia nanti akan fokus sepenuhnya kepada bidang ini.

Bagi ummie,Ilmu yang diperolehi ni perlulah dikongsi bersama.pembahagian kerja itu perlu jika hendak maju dalam perniagaan dan yang utama...kualiti perlu di jaga dan kuantiti perlu di penuhi mengikut keperluan serta hati para pekerja pun kene bagi happy selalu!

Jadi ini adalah antara roti yang ummie buat dan sebenarnya banyak lagi jenis roti yang ummie buat tapi ada yang tak sempat nak diambil gambar sebab dah di rembat terlebih dahulu...hehehehe. kalau time dalam oven pun dah ditinjau2...sebaik sahaja dikeluarkan dari oven maka operasi TERJAH pun bermulalahhh...hhmmm....makan...jangan tak makan!

ROTI VANILLA COKLAT MARBLE hhmm...roti ni ummie letakkan jem strawberi sebagai inti sebelum digulung...jem tu jer yg ada dalam peti ais...jadinya daripada membazir maka jadilah roti ni.Mula terhidang atas meja...masing2 pakat pandang jerr...tapi lepas tu..hilang!!


Ini pula roti kacang merah CATERPILLAR.
Roti ni pun ummie tak sempat nak ambil gambar yang mula2 keluar oven...sebab dah kene rembat...tapi nasib baiklah ada lebih yang masih tinggal...ini lah rupa rotinya. Putri ummie yang seorang tu siap komen...dia cakap ini macam ulat beluncas yang dah kena goreng! ish...ish...ish...kesian ulat beluncas tu yerr ! janji rotinya habis dimakan!

Ini pula roti garlic dengan inti sosej ayam.Roti ni suami ummie yang request buatkan. jadinya dah dia minta,ummie pun buatkan lah.Suka tengok dia makan...boleh kenyang lak!


Ini pula Roti coklat Mickey mouse!

Roti ni memang dapat sambutan di kalangan kanak2! mulanya ummie buat roti ni sebab nak suprise putri ummie yang sorang tu lerr...tapi tak sangka pula dia suka sangat roti tu. ummie pernah buatkan roti ni untuk makan2 di Tadika dia.Bukan main seronok kawan2 dia tengok roti tu...sampai ibu bapa dan datuk nenek kawan2 dia pun tumpang makan daaa!! mungkin dekorasinya yang menarik agaknya.

No comments:

Post a Comment