Tuesday, February 17, 2009

HOBI BARU UMMIE!

Selain daripada kerja rutin buat kek...makan kek,ummie juga baru mula nak mencuba hobi baru ni.Fotografi! rasa seronok pula bila dapat mengabadikan foto2 yang diambil untuk tatapan semua rakan blog yang berkunjung kat sini.

Di sini adalah beberapa
foto bunga yang ada di sekitar halaman rumah dan di sekitar ladang cili hubby ummie. Ini bunga Lili yang berwarna merah jambu.( kanan) dan bunga Lili Oren ( bawah) bunga ini banyak ummie taman di laman rumah terutama di tepi pagar dan disekitar kolam ikan. Bunga ini diberi oleh seorang jiran ummie semasa ummie tinggal di Selangor.Bukan saja ummie anggap dia jiran...tapi sebenarnya dah macam saudara.Jadinya, ummie panggil bunga Lili ni Lily Azizah...sempena nama dia...jiran ummie yang memang sangat baik dan peramah.

Hhmmm....ni pula bunga misai kucing.
putri ummie panggil bunga ni deng
an nama misai
meaw..meaw.

Haa...ni bunga rasmi negeri Perak! bunga bouganvilla.
Mana-mana rumah
kat perak ni mesti ada bunga ni.


Ini pula adalah bunga Harum Sundal Malam.Ummie beli daripada kak Ezah Bunga.Kak Ezah ni memang rajin berkebun dan berkat rajinnya itu kini dia memiliki nursery sendiri.



Ummie nak tergelakkan cerita bonda ummie ni.Satu senja,dia pergi ke rumah ummie(masa tu ummie takda dirumah) sebab nak pinjam cangkul. Bila dia lalu kat belakang rumah...katanya dia terbau harum sesangat! ape lagi... cangkul boleh tak jumpa jadinya...CABUTT!! Esoknya ummie bawa bonda ke belakang rumah untuk cari cangkul yang tak jumpa tu.Lalu ummie pun kenalkanlah punca bau harum tu kat bonda...bonda boleh tergelak besar! haii...memang penangan bunga ni SERAM jugak ek!


Yang ini semua orang pasti kenal punya! Bunga Matahari.Bunga ni putri ummie yang tanam. yang ummie tanam semua ketot2 tapi yang dia tanam...tinggi! kalau tak caya tengoklah sendiri!


2 comments:

  1. salam..

    ummi, foto bunga & explanation 'lari' sikit ler alignment nyer.. hihi..

    ummi, entry ni mesti dah lama buat tapi baru post hari ni.. kalo camtu.. sblm publish, nampak tak perkataan 'post option', klik kat situ & tukar tarikh terkini. baru la jd entry yg terbaru.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...mmg n3 lama ni...dah kene peram baru nak post.alignment mmg lari daa....jenuh nak repair balik ni.

    ReplyDelete