Wednesday, March 11, 2009

Tag Laman Rumah oleh Kak Yong!

Haa...ummie kene tag lagi dengan kak yong dan kali ini pasal laman rumah pula.Maka disini,ummie pun perlihatkanlah rumah ummie yang terletak di Bandar Pinggiran Subang ni.Walaupun ummie dah tak duduk disitu tapi rumah ini tetap ummie jaga dengan baik dan boleh dikatakan rumah ini macam ''Istana Hinggap'' lerr bila ummie dan family turun Selangor. Banyak kenangan di rumah ni dan antara yang tak dapat dilupakan adalah ummie dan suami serta anak selalu melakukan aktiviti ''kemahiran hidup'' bila ada masa terluang.Antara aktiviti yang dilakukan ialah...dekorasi lanskap laman rumah.Masa mula2 beli rumah ni dulu lamannya penuh dengan rumput dan lalang...tapi atas usaha kreatif suami ummie maka dia pun transformasikan ruang yang terhad itu dengan mini taman yang cantik dan unik. Suami ummie memang suka berkebun jadinya tak hairanlah kalau dari minat berkebun dia itu kini dia seorang Taukeh Cili yang berjaya! Dari seorang Sound Engineer kepada pengusaha pertanian yang sibuk dengan projek tanaman fertigasi.Marilah lihat apa yang ada dilaman rumah ummie ini sebelum ummie perlihatkan pula rumah ummie di Perak pula.

Haa...ni lah transformasi yang dilakukan oleh suami ummie...dari lama penuh lalang...kini dah dipenuh dengan pokok2 dan yang di sebelah bawah ni pula adalah hasil ''kemahiran hidup'' yang dicipta oleh suami ummie...air terjun mini bertingkat.Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk...kami bela ikan gapi dalam pasu yang besar tu ( ikannya tak nampak sebab kecik sangat!)




Yang ini pula adalah antara dekorasi dinding yang diletakkan berhampiran air terjun bertingkat tadi. Sarang burung tempua ni jiran ummie,Azizah yang berikan dan yang lagi satu macam rumah burung tu ummie beli di Sg. Buluh.Uniknya sarang burung ni,bila di tepuk,kedengaran lah suara burung berkicau.Canggih tu!


Okaylah...mari pula lihat halaman rumah ummie di perak. Untuk sementara waktu ni,ummie tinggal dengan parent ummie sebab tengah mencari2 rumah baru untuk dibeli. Ummie juga telah membeli sebuah rumah yang bersebelahan rumah bonda ummie.
Rumah tu ummie beli daripada seorang cina yang 'terdesa
k'' nak jual rumah tu sebab nak duit. Kesian dengan masalah yang dihadapi olehnya,ummie pun beli dan kini dijadikan pejabat perniagaan suami.
Inilah rupa halaman rumah yang dijadikan pejabat perniagaan suami ummie.

Disinilah tempat latihan pertanian fertigasi cili diadakan.Pejabat ini taklah jauh daripad
a tapak projek ladang yang diusahakan oleh suami.Perusahaan tersebut
seluas
10 ekar...luas mata memandang!
Haa...inilah hasil pertama dari fasa penanaman cili dalam 1000 pokok.



2 comments:

  1. salam ummie

    itu sarang.. burung hidup pakai bateri ker.. siap tepuk leh bunyi...
    mekasih le.. teman tak dpt nak ke Subang, dpt tgk foto pun jadik ler...

    ReplyDelete
  2. Tak per lah Yong...tapi tak tgk lagi yg interior(dalam rumah)kan..haa...lagi kreatif tau!

    ReplyDelete