Friday, March 13, 2009

PEMBUKAAN RESTORAN CENGKIH



Selepas Ummie Cake House...sebuah lagi projek bakal diusahakan oleh ummie.Di bawah Syarikat KhazOne Enterprise...RESTORAN CENGKIH akan dibuka tak lama lagi!

Di bawah Restoran dan Katering Cengkih ini, syarikat ini akan lebih bertumpu kepada Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B).Setelah sekian lama ummie hanya buat katering secara kecil-kecilan dirumah bersama bonda ummie,kini dengan adanya restoran ini,kapasiti pengeluaran akan dapat ditingkatkan.

Bukan mudah untuk ummie merealisasikan impian ummie ini.Terlampau ramai yang perlu ummie ucapkan TERIMA KASIH dan mereka ini adalah insan yang sentiasa berada di sisi ummie dan sama2 menjayakan apa yang ummie rancang.

Sememangnya ummie menadah tangan menyatakan rasa SYUKUR atas kurniaan Allah swt ke atas rezeki diberi selama ini. Berkat doa bonda dan abah serta yang paling ummie hargai...sokongan kuat dari suami dan putri kesayangan membuatkan ummie berani melangkah lebih jauh untuk menceburi bidang ini.

Nantikan ''The Grand Opening'' yang bakal diadakan InsyaAllah pada akhir bulan Mac ini.

Yang pasti...ramai akan dijemput bagi memeriahkan upacara pembukaan itu nanti.

1 comment:

  1. Saya memang minat niaga dahpun mencuba tapi masih kurang berjaya. Saya memang bercita-cita nak jadi usahawan berjaya tapi masih kurang jelas jalan dan peluangnya. Tak taula nak buat macam mana ni? Saya memang takdak target langsung nak kerja makan gaji.

    ReplyDelete