Friday, March 27, 2009


My Family from WiddlyTinks.com

My Other Half

Haa...inilah hadiah yang kak yong cakap tu kot?!

Ummie akan cuba untuk menjawab soalan yang diminta...lepas tu kene tengok pula apa jawapan Suami ummie pula....hehehehe...kita nantikan!

Tag : My Other half

Rules:

Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

Suami ummie ni suka menonton TV,suka tengok drama atau filem yang ditayangkan...dengan syarat mesti best laa...

*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

Suami ummie suka thousand island. tapi kadang2 dia suka letak sedikit Mayo.

*3. What’s one food he doesn’t like?

Yang pelik dan yang haram dimakan aje.

*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

Satay dan Tea 'O' ais limau.

*5. Where did he go to high school?

Sek. men. biasa aje.

*6. What size shoes does he wear?

Saiz 9

*7. If he was to collect anything, what would it be?

Tolong kutip baju2 yang ummie hidai kat ampaian...hehehe Secret

*8. What is his favorite type of sandwich?

Sardin campur Mayo campur salad campur bawang!

*9. What would this person eat every day if he could?

nasi panas+telor dadar kicap + ikan goreng cicah sambal belacan! Big Smile

*10. What is his favorite cereal?

Tak berapa suka cereal...tapi kalau ummie sediakan...dia makan ajer...jenis tak cerewet.

*11. What would he never wear?

Tuxedo,blazer dan Batik.. jenis tak suka pakai kemeja & western style

*12. What is his favorite sports team?

Rugby!Local punya team COBRA Oversea punya team N S Wanderers! hehehehe...sama minat laaa...

*13. Who did he vote for?

Seperti di atas....

*14. Who is his best friend?

Kalau kawan...kebanyakannya kawan seperjabat dahulu...tapi sekarang kawan2 barunya Rakan Tani dia...tapi kalau kata BEST friend...ummie lah best friend dia.Itu statement yang dia sendiri akui.

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

Walaupun dia tak cakap...tapi ummie dapat rasa...dia mengharapkan sesuatu daripada ummie.Apakah gerangannya? hanya ummie yang tahu dan akan cuba mengubahnya.


*16. What is his heritage?

Arab+ Melayu

*17. What is his favourite colour?

Hitam dan Biru gelap

*18. What is his habit?

Suka ''buang angin'' merata2!! hahahahahaha!

*19. What is he proud of?

Bangga tentang anak dia yang Bijak...tentang wife dia yang sentiasa memberikan keyakinan dan sokongan...tentang kerjayanya yang dahulu dan yang terkini.

*20. Lastly, do you think he will read this?

Sudah pasti! sebab dia tengah dok sebelah sekarang sambil suruh ummie scroll untuk tengok apa yang ummie tulis!! hehehehe...

Friday, March 20, 2009

My Family!!

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com




Haaa...inilah family ummie dalam bentuk kartun!!

Monday, March 16, 2009

Sisterhood Award

Award ni Kakyong beri pada ummie.Kami ni memang dah kenal lama...masa bujang dok satu rumah...kerja pun satu syarikat.Memang banyak cerita dan rahsia masa dok satu rumah dulu dan yang ummie tak boleh lupa kami ni suka lepak2 kat sibercafe sampai 1 pagi!! apa lagi kalau tak bertenet...hehehehe. Apa yang manisnya...melalui lepak2 kat sibercafe ni lah ummie berjumpa dengan Suami tersayang.

Friday, March 13, 2009

PEMBUKAAN RESTORAN CENGKIH



Selepas Ummie Cake House...sebuah lagi projek bakal diusahakan oleh ummie.Di bawah Syarikat KhazOne Enterprise...RESTORAN CENGKIH akan dibuka tak lama lagi!

Di bawah Restoran dan Katering Cengkih ini, syarikat ini akan lebih bertumpu kepada Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B).Setelah sekian lama ummie hanya buat katering secara kecil-kecilan dirumah bersama bonda ummie,kini dengan adanya restoran ini,kapasiti pengeluaran akan dapat ditingkatkan.

Bukan mudah untuk ummie merealisasikan impian ummie ini.Terlampau ramai yang perlu ummie ucapkan TERIMA KASIH dan mereka ini adalah insan yang sentiasa berada di sisi ummie dan sama2 menjayakan apa yang ummie rancang.

Sememangnya ummie menadah tangan menyatakan rasa SYUKUR atas kurniaan Allah swt ke atas rezeki diberi selama ini. Berkat doa bonda dan abah serta yang paling ummie hargai...sokongan kuat dari suami dan putri kesayangan membuatkan ummie berani melangkah lebih jauh untuk menceburi bidang ini.

Nantikan ''The Grand Opening'' yang bakal diadakan InsyaAllah pada akhir bulan Mac ini.

Yang pasti...ramai akan dijemput bagi memeriahkan upacara pembukaan itu nanti.

Wednesday, March 11, 2009

Tag Laman Rumah oleh Kak Yong!

Haa...ummie kene tag lagi dengan kak yong dan kali ini pasal laman rumah pula.Maka disini,ummie pun perlihatkanlah rumah ummie yang terletak di Bandar Pinggiran Subang ni.Walaupun ummie dah tak duduk disitu tapi rumah ini tetap ummie jaga dengan baik dan boleh dikatakan rumah ini macam ''Istana Hinggap'' lerr bila ummie dan family turun Selangor. Banyak kenangan di rumah ni dan antara yang tak dapat dilupakan adalah ummie dan suami serta anak selalu melakukan aktiviti ''kemahiran hidup'' bila ada masa terluang.Antara aktiviti yang dilakukan ialah...dekorasi lanskap laman rumah.Masa mula2 beli rumah ni dulu lamannya penuh dengan rumput dan lalang...tapi atas usaha kreatif suami ummie maka dia pun transformasikan ruang yang terhad itu dengan mini taman yang cantik dan unik. Suami ummie memang suka berkebun jadinya tak hairanlah kalau dari minat berkebun dia itu kini dia seorang Taukeh Cili yang berjaya! Dari seorang Sound Engineer kepada pengusaha pertanian yang sibuk dengan projek tanaman fertigasi.Marilah lihat apa yang ada dilaman rumah ummie ini sebelum ummie perlihatkan pula rumah ummie di Perak pula.

Haa...ni lah transformasi yang dilakukan oleh suami ummie...dari lama penuh lalang...kini dah dipenuh dengan pokok2 dan yang di sebelah bawah ni pula adalah hasil ''kemahiran hidup'' yang dicipta oleh suami ummie...air terjun mini bertingkat.Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk...kami bela ikan gapi dalam pasu yang besar tu ( ikannya tak nampak sebab kecik sangat!)




Yang ini pula adalah antara dekorasi dinding yang diletakkan berhampiran air terjun bertingkat tadi. Sarang burung tempua ni jiran ummie,Azizah yang berikan dan yang lagi satu macam rumah burung tu ummie beli di Sg. Buluh.Uniknya sarang burung ni,bila di tepuk,kedengaran lah suara burung berkicau.Canggih tu!


Okaylah...mari pula lihat halaman rumah ummie di perak. Untuk sementara waktu ni,ummie tinggal dengan parent ummie sebab tengah mencari2 rumah baru untuk dibeli. Ummie juga telah membeli sebuah rumah yang bersebelahan rumah bonda ummie.
Rumah tu ummie beli daripada seorang cina yang 'terdesa
k'' nak jual rumah tu sebab nak duit. Kesian dengan masalah yang dihadapi olehnya,ummie pun beli dan kini dijadikan pejabat perniagaan suami.
Inilah rupa halaman rumah yang dijadikan pejabat perniagaan suami ummie.

Disinilah tempat latihan pertanian fertigasi cili diadakan.Pejabat ini taklah jauh daripad
a tapak projek ladang yang diusahakan oleh suami.Perusahaan tersebut
seluas
10 ekar...luas mata memandang!
Haa...inilah hasil pertama dari fasa penanaman cili dalam 1000 pokok.