Friday, March 27, 2009


My Family from WiddlyTinks.com

My Other Half

Haa...inilah hadiah yang kak yong cakap tu kot?!

Ummie akan cuba untuk menjawab soalan yang diminta...lepas tu kene tengok pula apa jawapan Suami ummie pula....hehehehe...kita nantikan!

Tag : My Other half

Rules:

Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

Suami ummie ni suka menonton TV,suka tengok drama atau filem yang ditayangkan...dengan syarat mesti best laa...

*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

Suami ummie suka thousand island. tapi kadang2 dia suka letak sedikit Mayo.

*3. What’s one food he doesn’t like?

Yang pelik dan yang haram dimakan aje.

*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

Satay dan Tea 'O' ais limau.

*5. Where did he go to high school?

Sek. men. biasa aje.

*6. What size shoes does he wear?

Saiz 9

*7. If he was to collect anything, what would it be?

Tolong kutip baju2 yang ummie hidai kat ampaian...hehehe Secret

*8. What is his favorite type of sandwich?

Sardin campur Mayo campur salad campur bawang!

*9. What would this person eat every day if he could?

nasi panas+telor dadar kicap + ikan goreng cicah sambal belacan! Big Smile

*10. What is his favorite cereal?

Tak berapa suka cereal...tapi kalau ummie sediakan...dia makan ajer...jenis tak cerewet.

*11. What would he never wear?

Tuxedo,blazer dan Batik.. jenis tak suka pakai kemeja & western style

*12. What is his favorite sports team?

Rugby!Local punya team COBRA Oversea punya team N S Wanderers! hehehehe...sama minat laaa...

*13. Who did he vote for?

Seperti di atas....

*14. Who is his best friend?

Kalau kawan...kebanyakannya kawan seperjabat dahulu...tapi sekarang kawan2 barunya Rakan Tani dia...tapi kalau kata BEST friend...ummie lah best friend dia.Itu statement yang dia sendiri akui.

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

Walaupun dia tak cakap...tapi ummie dapat rasa...dia mengharapkan sesuatu daripada ummie.Apakah gerangannya? hanya ummie yang tahu dan akan cuba mengubahnya.


*16. What is his heritage?

Arab+ Melayu

*17. What is his favourite colour?

Hitam dan Biru gelap

*18. What is his habit?

Suka ''buang angin'' merata2!! hahahahahaha!

*19. What is he proud of?

Bangga tentang anak dia yang Bijak...tentang wife dia yang sentiasa memberikan keyakinan dan sokongan...tentang kerjayanya yang dahulu dan yang terkini.

*20. Lastly, do you think he will read this?

Sudah pasti! sebab dia tengah dok sebelah sekarang sambil suruh ummie scroll untuk tengok apa yang ummie tulis!! hehehehe...

Friday, March 20, 2009

My Family!!

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com




Haaa...inilah family ummie dalam bentuk kartun!!

Monday, March 16, 2009

Sisterhood Award

Award ni Kakyong beri pada ummie.Kami ni memang dah kenal lama...masa bujang dok satu rumah...kerja pun satu syarikat.Memang banyak cerita dan rahsia masa dok satu rumah dulu dan yang ummie tak boleh lupa kami ni suka lepak2 kat sibercafe sampai 1 pagi!! apa lagi kalau tak bertenet...hehehehe. Apa yang manisnya...melalui lepak2 kat sibercafe ni lah ummie berjumpa dengan Suami tersayang.

Friday, March 13, 2009

PEMBUKAAN RESTORAN CENGKIH



Selepas Ummie Cake House...sebuah lagi projek bakal diusahakan oleh ummie.Di bawah Syarikat KhazOne Enterprise...RESTORAN CENGKIH akan dibuka tak lama lagi!

Di bawah Restoran dan Katering Cengkih ini, syarikat ini akan lebih bertumpu kepada Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B).Setelah sekian lama ummie hanya buat katering secara kecil-kecilan dirumah bersama bonda ummie,kini dengan adanya restoran ini,kapasiti pengeluaran akan dapat ditingkatkan.

Bukan mudah untuk ummie merealisasikan impian ummie ini.Terlampau ramai yang perlu ummie ucapkan TERIMA KASIH dan mereka ini adalah insan yang sentiasa berada di sisi ummie dan sama2 menjayakan apa yang ummie rancang.

Sememangnya ummie menadah tangan menyatakan rasa SYUKUR atas kurniaan Allah swt ke atas rezeki diberi selama ini. Berkat doa bonda dan abah serta yang paling ummie hargai...sokongan kuat dari suami dan putri kesayangan membuatkan ummie berani melangkah lebih jauh untuk menceburi bidang ini.

Nantikan ''The Grand Opening'' yang bakal diadakan InsyaAllah pada akhir bulan Mac ini.

Yang pasti...ramai akan dijemput bagi memeriahkan upacara pembukaan itu nanti.

Wednesday, March 11, 2009

Tag Laman Rumah oleh Kak Yong!

Haa...ummie kene tag lagi dengan kak yong dan kali ini pasal laman rumah pula.Maka disini,ummie pun perlihatkanlah rumah ummie yang terletak di Bandar Pinggiran Subang ni.Walaupun ummie dah tak duduk disitu tapi rumah ini tetap ummie jaga dengan baik dan boleh dikatakan rumah ini macam ''Istana Hinggap'' lerr bila ummie dan family turun Selangor. Banyak kenangan di rumah ni dan antara yang tak dapat dilupakan adalah ummie dan suami serta anak selalu melakukan aktiviti ''kemahiran hidup'' bila ada masa terluang.Antara aktiviti yang dilakukan ialah...dekorasi lanskap laman rumah.Masa mula2 beli rumah ni dulu lamannya penuh dengan rumput dan lalang...tapi atas usaha kreatif suami ummie maka dia pun transformasikan ruang yang terhad itu dengan mini taman yang cantik dan unik. Suami ummie memang suka berkebun jadinya tak hairanlah kalau dari minat berkebun dia itu kini dia seorang Taukeh Cili yang berjaya! Dari seorang Sound Engineer kepada pengusaha pertanian yang sibuk dengan projek tanaman fertigasi.Marilah lihat apa yang ada dilaman rumah ummie ini sebelum ummie perlihatkan pula rumah ummie di Perak pula.

Haa...ni lah transformasi yang dilakukan oleh suami ummie...dari lama penuh lalang...kini dah dipenuh dengan pokok2 dan yang di sebelah bawah ni pula adalah hasil ''kemahiran hidup'' yang dicipta oleh suami ummie...air terjun mini bertingkat.Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk...kami bela ikan gapi dalam pasu yang besar tu ( ikannya tak nampak sebab kecik sangat!)




Yang ini pula adalah antara dekorasi dinding yang diletakkan berhampiran air terjun bertingkat tadi. Sarang burung tempua ni jiran ummie,Azizah yang berikan dan yang lagi satu macam rumah burung tu ummie beli di Sg. Buluh.Uniknya sarang burung ni,bila di tepuk,kedengaran lah suara burung berkicau.Canggih tu!


Okaylah...mari pula lihat halaman rumah ummie di perak. Untuk sementara waktu ni,ummie tinggal dengan parent ummie sebab tengah mencari2 rumah baru untuk dibeli. Ummie juga telah membeli sebuah rumah yang bersebelahan rumah bonda ummie.
Rumah tu ummie beli daripada seorang cina yang 'terdesa
k'' nak jual rumah tu sebab nak duit. Kesian dengan masalah yang dihadapi olehnya,ummie pun beli dan kini dijadikan pejabat perniagaan suami.
Inilah rupa halaman rumah yang dijadikan pejabat perniagaan suami ummie.

Disinilah tempat latihan pertanian fertigasi cili diadakan.Pejabat ini taklah jauh daripad
a tapak projek ladang yang diusahakan oleh suami.Perusahaan tersebut
seluas
10 ekar...luas mata memandang!
Haa...inilah hasil pertama dari fasa penanaman cili dalam 1000 pokok.



Tuesday, February 17, 2009

HOBI BARU UMMIE!

Selain daripada kerja rutin buat kek...makan kek,ummie juga baru mula nak mencuba hobi baru ni.Fotografi! rasa seronok pula bila dapat mengabadikan foto2 yang diambil untuk tatapan semua rakan blog yang berkunjung kat sini.

Di sini adalah beberapa
foto bunga yang ada di sekitar halaman rumah dan di sekitar ladang cili hubby ummie. Ini bunga Lili yang berwarna merah jambu.( kanan) dan bunga Lili Oren ( bawah) bunga ini banyak ummie taman di laman rumah terutama di tepi pagar dan disekitar kolam ikan. Bunga ini diberi oleh seorang jiran ummie semasa ummie tinggal di Selangor.Bukan saja ummie anggap dia jiran...tapi sebenarnya dah macam saudara.Jadinya, ummie panggil bunga Lili ni Lily Azizah...sempena nama dia...jiran ummie yang memang sangat baik dan peramah.

Hhmmm....ni pula bunga misai kucing.
putri ummie panggil bunga ni deng
an nama misai
meaw..meaw.

Haa...ni bunga rasmi negeri Perak! bunga bouganvilla.
Mana-mana rumah
kat perak ni mesti ada bunga ni.


Ini pula adalah bunga Harum Sundal Malam.Ummie beli daripada kak Ezah Bunga.Kak Ezah ni memang rajin berkebun dan berkat rajinnya itu kini dia memiliki nursery sendiri.



Ummie nak tergelakkan cerita bonda ummie ni.Satu senja,dia pergi ke rumah ummie(masa tu ummie takda dirumah) sebab nak pinjam cangkul. Bila dia lalu kat belakang rumah...katanya dia terbau harum sesangat! ape lagi... cangkul boleh tak jumpa jadinya...CABUTT!! Esoknya ummie bawa bonda ke belakang rumah untuk cari cangkul yang tak jumpa tu.Lalu ummie pun kenalkanlah punca bau harum tu kat bonda...bonda boleh tergelak besar! haii...memang penangan bunga ni SERAM jugak ek!


Yang ini semua orang pasti kenal punya! Bunga Matahari.Bunga ni putri ummie yang tanam. yang ummie tanam semua ketot2 tapi yang dia tanam...tinggi! kalau tak caya tengoklah sendiri!


Wednesday, February 11, 2009

Roti! roti!!


Haa...ini adalah antara roti yang pernah ummie buat untuk makan2 sendiri jerr...dalam perniagaan UMMIE CAKE HOUSE, ummie tak menekankan pembuatan roti walaupun mungkin ramai yang mengatakan pembuatan roti ni senang dan murah...ummie tidak mahu memfokuskan pembuatan roti dahulu. Bukan apa,letih kalau semua ummie perlu buat...jadinya mungkin ummie perlu mencari seseorang yang sesuai di antara pekerja-pekerja ummie nanti untuk ummie didik dalam bidang pembuatan roti dan dia nanti akan fokus sepenuhnya kepada bidang ini.

Bagi ummie,Ilmu yang diperolehi ni perlulah dikongsi bersama.pembahagian kerja itu perlu jika hendak maju dalam perniagaan dan yang utama...kualiti perlu di jaga dan kuantiti perlu di penuhi mengikut keperluan serta hati para pekerja pun kene bagi happy selalu!

Jadi ini adalah antara roti yang ummie buat dan sebenarnya banyak lagi jenis roti yang ummie buat tapi ada yang tak sempat nak diambil gambar sebab dah di rembat terlebih dahulu...hehehehe. kalau time dalam oven pun dah ditinjau2...sebaik sahaja dikeluarkan dari oven maka operasi TERJAH pun bermulalahhh...hhmmm....makan...jangan tak makan!

ROTI VANILLA COKLAT MARBLE hhmm...roti ni ummie letakkan jem strawberi sebagai inti sebelum digulung...jem tu jer yg ada dalam peti ais...jadinya daripada membazir maka jadilah roti ni.Mula terhidang atas meja...masing2 pakat pandang jerr...tapi lepas tu..hilang!!


Ini pula roti kacang merah CATERPILLAR.
Roti ni pun ummie tak sempat nak ambil gambar yang mula2 keluar oven...sebab dah kene rembat...tapi nasib baiklah ada lebih yang masih tinggal...ini lah rupa rotinya. Putri ummie yang seorang tu siap komen...dia cakap ini macam ulat beluncas yang dah kena goreng! ish...ish...ish...kesian ulat beluncas tu yerr ! janji rotinya habis dimakan!

Ini pula roti garlic dengan inti sosej ayam.Roti ni suami ummie yang request buatkan. jadinya dah dia minta,ummie pun buatkan lah.Suka tengok dia makan...boleh kenyang lak!


Ini pula Roti coklat Mickey mouse!

Roti ni memang dapat sambutan di kalangan kanak2! mulanya ummie buat roti ni sebab nak suprise putri ummie yang sorang tu lerr...tapi tak sangka pula dia suka sangat roti tu. ummie pernah buatkan roti ni untuk makan2 di Tadika dia.Bukan main seronok kawan2 dia tengok roti tu...sampai ibu bapa dan datuk nenek kawan2 dia pun tumpang makan daaa!! mungkin dekorasinya yang menarik agaknya.

Sunday, February 8, 2009

Ummie Kena Tag!

Ummie kena tag dengan Kak Yong dari Blog Catatan Ibu.

Kak Yong ni Best Friend Ummie dari dulu...kini dan selamanya!memang banyak suka duka diharungi masa bujang2 dulu.Dari dia ler ummie tahu ''bertenet'' hehehehehe.....

Adehh...kena jawab soalan lah yerr...macam kena jawab soalan peperiksaan ni!

Here you go mommies - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!

Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Tak merancang pun...Semua tu rezeki daripada Allah swt.

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?

Sudah Tentu!

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

Memang gembira sangat! Suami lagi gembira!

4. HOW OLD WERE YOU?

31 tahun.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Bila haid terlewat seminggu,beli kit ujian kehamilan...test...test...ada 2 line.hehehehe...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

Suami Tersayang! hehehe...dia punyalah tunggu depan toilet...ahak!

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

Tak kisah lah lelaki ke perempuan...tapi dapat rasa perempuan sebab ummie suka masak!

8. DUE DATE?

1 April 2004...hehehe...nasib baik tak bersalin masa tu!

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Alahan tidak pada waktu pagi...tapi waktu malam! hehehehe..

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Semua ummie makan kecuali mee segera...tak elok untuk bayi yang dikandung.Yang paling ummie suka makan...Buah kurma dan Kismis.Ummie mengidamkan buah Delima...nasib baik ada dijual kat hipermarket...suami ummie yang bersusah payah pergi cari sampai dapat.

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST

Alhamdulillah takder.

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

A Princess!

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?

Syukur pada Allah swt dengan AnugerahNya!

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Sebelum hamil 55kg, sepanjang kehamilan 60kg

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

No.

16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?

as above

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Alhamdulillah...semuanya selesa dan sihat.

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Hospital Besar, Ipoh

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

Adalah dalam 9 jam. Tak rasa sakit pun...macam biasa jer. Doktor kata bayi ummie ni besar...jadi dia beri cadangan ummie bersalin secara C- section untuk menyelamatkan bayi ummie.Ummie bertuah masa tu kerana doktor yang merawat ummie tu,Doktor Kumar merupakan kenalan ummie jadinya dialah yang menguruskan segalanya.Pengalaman bersalin yang dialami memang tak akan dilupakan.

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

Suami,Abah dan Bonda Ummie...merekalah penguat semangat ummie!

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

Doktor dan jururawat...masa sebelum bedah tu doktor kumar ada minta jururawat carikan suami ummie...tapi boleh tak jumpa pulak...sebabnya dia nak benarkan suami ummie berada bersama ummie semasa pembedahan tu.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

C- Section...bayinya besar! dekat 4 kilo.

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Tentulah ada,doktor Kumar ada terangkan tentang prosedur pembedahan...ummie ada cakap dengan dia...ummie serahkan segala urusan pada dia. Dia memang baik dan segalanya berjalan dengan lancar.

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

3.9 kg! puteri ummie lahir memang bersaiz besar dan tinggi sebab mungkin ikut genetik Abah dia ler tu.

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?

11 April 2004.

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Nur Khalilah. Kombinasi nama Ummie dan Suami. Nama tu Bonda Ummie yang cadangankan.Memang sesuai.

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

Pada 11 April 2009 ini genaplah umurnya 5 tahun.



Friday, February 6, 2009

Koleksi Biskut Ummie!

Haaa....kali ni ummie nak masukkan koleksi biskut2 yang pernah ummie buat masa time raya dua tahun lepas.

Selama ni ummie peram jer gambar2 tu...hehehhehe...masa tu tengah sibuk dengan urusan kedai.

Raya tahun lepas,ummie pun ada buat pakej hamper untuk biskut dan kek cawan(cupcake).Alhamdullilah...ada juga sambutan.Mulanya memang agak asing hamper2 biskut dan cupcake ni sebab banyak yang lebih kearah hamper2 yang jual kat supermarket jerr...tapi ummie cuba mengubah persepsi mereka...produk keluaran bumiputra...kalau tak bumiputra yang sokong siapa lagi kan!

Inilah beberapa biskut yang ummie buat masa tu.


Biskut Kelapa Pandan danBiskut Honey Star










Biskut Swirl Coklat dan Biskut Coklat M&M









Biskut Sweet Heart dan Biskut Kissme









Biskut Pelangi dan Biskut Coklat Chip Oren









Biskut Coklat 'O' dan Biskut Mentega Kacang










Biskut Heart Star dan Biskut Bebola Kristal










Biskut Makmur dan Biskut Tart Nenas

Saturday, January 31, 2009

Koleksi Kek Ummie


Berikut ini adalah beberapa koleksi kek yang pernah ummie buatkan atas permintaan yang diterima.

Inilah masanya nak asah skill deko yang telah dipelajari semasa kursus dulu. Dalam melukis karektor yang diminta,ummie lebih suka melukis secara Free Hand sebab ianya mudah dan cepat. nak kene main tekap2 ni...lambat!

Ini adalah kek Hello Kitty Coklat Sponge Kek 3kg untuk anak pengetua tadika tempat puteriku belajar.Ummie guna krim mentega dengan piping gel saja. Sejak dari hari itu...semua ibu2 yang menghantar anak mereka ke tadika tu mula menempah kek untuk tempahan kek hari lahir. Alhamdulillah syukur! Kek mesti sedap dan harga mesti berbaloi!


Ini adalah koleksi kek Spiderman yang ummie buat untuk seorang kenalan ummie, Rebecca Bobice yang menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya,Hector yang berumur 3 tahun. Tak sangka pula dalam sibuk2 dia menguruskan bisness Spa dan butik pengantinnya...sempat juga malam2 telefon minta buatkan kek hari lahir anaknya yang akan diadakan keesokkan harinya...aduii!! Sabar jerr lerr dengan last minute order ni....Kek mentega oren coklat chips 3kg.

Seronok tengok anaknya yang melompat riang bila kek idamannya dikeluarkan dari kotak!hehehehe...karektor tu ummie lukis free hand jer...malas nak tekap2 ni.tengok jer gambar tu...baca Bismillah...terus lukis!.Terima kasih banyak2 kepada suami tercinta kerana sanggup tolong carikan gambar dan memberikan idea...memang tengah takda idea masa tu.

Ummie guna krim mentega untuk dekorasi.Memang seronok melihatkan keletah Hektor yang terlompat2 bila kek spiderman yang dia idamkan dikeluarkan dari kotak!

Yang tergelaknya...tuan puteri ummie boleh cakap...''lompat2 macam katak! buat kek katak lah!''Opppss....hehehehe...lazer jugak mulut anak ummie tu.




Ini pula kek yang ummie buat untuk anak saudara ummie, Atirah, sempena hari lahirnya yang ke3 tahun.Dia ni memang peminat SpongeBob. ummie buatkan kek coklat dengan Xtra coklat chips 3 kg. tapi tak sempat nak buatkan kaki dan tangan.Birthday girl memang suka sungguh dengan keknye. Yang lucunya,semasa acara potong kek...dia tak mahu potong kek tu. bila ibunya nak potong kek tu...dia tak benarkan!sesiapa pun tak dibenarkan! maka, sampai sudah kek tu tidak boleh dipotong...tengok jer laaa.


Esoknya ummie tanya apa jadi kepada kek tu...si ibunya cakap...bila dah habis krim mentega tu dia makan barulah kek tu boleh dipotong...ish...ish..ish...Atirah...Atirah! Budak-budak ni yang di makan bukannya kek...tapi krimnya!





Ini pula kek yang ummie buat untuk kakaknya si Atirah tadi...Ainie sempena ulangtahun kelahiranya yang ke 5 tahun. Si kakak ni pula memang minat dengan Barbie. so, ummie buatkan dia patung barbie ni.kek coklat dengan krim mentega.Dia nak sambut birthdaynya kat Tadika so,haritu ummie hantarlah kek tu kat tadika.Bila kek tu dikeluarkan dari kotaknya...maka kedengaran lah suara kawan2 si Ainie ni...yang TERUJA! sampai cikgunya pun terkejut! Yang lucunya...guru tadika Ainie ni tak sanggup nak potongkan kek tu...budak2 tu pun tak bagi gurunya potong kek tu...aduii!! nak buat apa dengan kek tu...tak tahu lah ummie.hehehehe...macam2!

Memang kek macam ni agak asing bagi masyarakat kat sini...berbanding semasa ummie di KL dulu. walhal...kek2 macam ni dah dikira BIASA!


Itu belum masuk kek2 yang 18sx tu!

Sunday, January 11, 2009

Selamat Bertunang dan Selamat Tahun Baru 2009

Lama ummie tak update blogs...sibuk dengan kedai dan pertunangan adik lelakiku pada 27 Disember 2008 yang lalu.Dia minta ummie mengubah barang hantaran tersebut...aduii! lama dah tak asah skill gubah mengubah ni...so,untuk tidak menghampakan harapan adikku ni..inilah beberapa barang hantaran pertunangan yang ummie reka sendiri hasil inspirasi dari d_decoribbon.fotopages oleh Kak Dura.

Ini adalah kek pertunangan yang ummie buatkan khas untuk bakal adik ipar...:)

Kek Marble Zebra.

















Dulang hantaran Cincin Tunang





















Ini adalah antara gambar gubahan yang sempat ummie rakamkan.semuanya 10 dulang...tapi yang sempat diambil gambar ini jer...gambar yang lainnya Missing In Action! semua ummie yang kene buat...walaupun penat dengan kerja di kedai...sekurang-kurangnya ini adalah satu aktiviti yang dapat menenangkan fikiran...janji yang nak bertunang tu happy...bakal adik ipar pun suka juga dengan gubahan tu. Tapi yang hairan tu...masa bertukar tukar dulang tu...ummie peratikan...uncang poppury dan lilin wangi tu...lesap! hehehehe...sempat jugak angkat kening kat bakal adik ipar...dia cuma mencebik jerr....hhmmm....paham sendiri lahhh!!

Hantaran Cincin Tunang (dari belakang)

















Dulan
g Hantaran Kasut dan Beg tangan

















Hantaran Cincin Risik